Thursday, 20 March 2014

KALORI MAKANAN

Sekarang misi untuk DIET.. Almaklumla lepas stop menyusu Hazim 2 bulan lepas, badan ni cepat sangat naik..Stakat ni dah naik 3kg berat badan...hohoho..tak boleh jadi ni...

Sebenarnya, kalori yang kita ambil seharian sangat penting dan mempengaruhi berat badan seseorang tu. Ni Linie nak share serba sedikit tentang KALORI mengikut apa yang Linie baca.

**CARA MENGIRA KALORI**

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi, jika kalori diambil (dimakan) telalu banyak dan tidak dibakar segera, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalm badan.

Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan sekiranya dibiarkan berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan tubuhj badan dan mengundang kegemukan.

Secara asasnya, jumlah kandungan kalori dalam makanan juga boleh ditentukan dengan mendarab berat dalam “gram’ nutrisi berikut dengan nombor pekali yg disenaraikan.

LEMAK ===> Setiap gram didarab dengan 9 bagi setiap gram
KARBOHIDRAT ===> Setiap gram didarab dengan 4 kalori bagi setiap gram
PROTIN===> Setiap gram didarab dengan 4 bagi setiap gram

Sebagai contoh, sekeping roti mengandungi 0.8 gram lemak, 12.3 gram karbohidrat dan 2.3 gram protin. Maka, contoh pengiraan kalori berdasarkkan formula di atas memberikan jumlah kalori sekeping roti:

Lemakè 0.8 x 9 = 7.2 kalori
Karbohidratè 12.3 x 4=49.2 kalori
Proteinè 2.3 x 4= 9.2 kalori

Jadi, 7.2 + 49.2 +9.2 =65.6 atau 66 kalori

Keperluan kalori bagi setiap individu lelaki dan wanita dewasa dalam sehari
Lelaki : 2000-2500 kalori
Wanita : 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika seseorang itu mengambil kalori melebihi dari kepeluan harian yang sepatutnya?

Setiap 8000 kalori yang terkumpul dan tidak ditukarkan kepada tenaga (tidak dibakar) akan menambah 1 kilogram berat badan.

credit to : http://www.kalorimakanan.com/cara-kira-kalori


No comments:

Post a Comment

@38 weeks pragnency

Seram sejuk.. Takut... Teruja.. Tak sabar... Semua ada.... Hahaha....Ya Allah...engkau permudahkanlah segalanya. Start dari pag...