Sekarang misi untuk DIET.. Almaklumla lepas stop menyusu Hazim 2 bulan lepas, badan ni cepat sangat naik..Stakat ni dah naik 3kg berat badan...hohoho..tak boleh jadi ni...
Sebenarnya, kalori yang kita ambil seharian sangat penting dan mempengaruhi berat badan seseorang tu. Ni Linie nak share serba sedikit tentang KALORI mengikut apa yang Linie baca.
**CARA MENGIRA KALORI**
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita
memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi, jika kalori diambil (dimakan)
telalu banyak dan tidak dibakar segera, ia akan ditukar menjadi lemak dan
disimpan dalm badan.
Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan sekiranya
dibiarkan berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan tubuhj badan dan mengundang
kegemukan.
Secara asasnya, jumlah kandungan kalori dalam makanan juga
boleh ditentukan dengan mendarab berat dalam “gram’ nutrisi berikut dengan
nombor pekali yg disenaraikan.
LEMAK ===> Setiap gram didarab dengan 9 bagi setiap gram
KARBOHIDRAT ===> Setiap gram didarab dengan 4
kalori bagi setiap gram
PROTIN===> Setiap gram didarab dengan 4 bagi setiap gram
Sebagai contoh, sekeping roti mengandungi 0.8 gram lemak,
12.3 gram karbohidrat dan 2.3 gram protin. Maka, contoh pengiraan kalori
berdasarkkan formula di atas memberikan jumlah kalori sekeping roti:
Lemakè
0.8 x 9 = 7.2 kalori
Karbohidratè
12.3 x 4=49.2 kalori
Proteinè
2.3 x 4= 9.2 kalori
Jadi, 7.2 + 49.2 +9.2 =65.6 atau 66 kalori
Keperluan kalori bagi setiap individu lelaki dan wanita
dewasa dalam sehari
Lelaki : 2000-2500 kalori
Wanita : 1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika seseorang itu mengambil kalori
melebihi dari kepeluan harian yang sepatutnya?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul dan tidak ditukarkan
kepada tenaga (tidak dibakar) akan menambah 1 kilogram berat badan.
credit to : http://www.kalorimakanan.com/cara-kira-kalori
credit to : http://www.kalorimakanan.com/cara-kira-kalori



