Thursday, 14 March 2013

Lecithin Shaklee Cairkan Lemak Dalam Badan..


Ramai yang dah mengakui kebaikan lecithin ni dalam menurunkan berat badan. Apakah lecithin ni?

Lecithin adalah sejenis lipid (lemak) yang diperlukan oleh setiap sel hidup dalam tubuh manusia. Membran sel yang mengawal masuk-keluarnya nutrien dari tubuh terdiri dari lecithin sebagai komponen terbesar.Lapisan pelindung di sekeliling otak juga terdiri dari lecithin. Otot serta sel saraf juga terdiri dari asid lemak perlu ini.

Lecithin terdiri dari kolina, linolenic acid dan inositol. Walaupun lecithin adalah lipid (lemak) namun ia larut dalam air bertindak sebagai ejen emulsifier. 

Nutrien ini juga membantu mengelakkan arteriosclerosis, membantu menghindar masalah kardiovaskular, meningkatkan fungsi otak serta membantu dalam penyerapan tiamin oleh hati dan Vitamin A oleh usus. Ia juga membantu meningkatkan tenaga dan membaiki kerosakan hati yang disebabkan oleh alkohol.

Lecithin menjadikan lemak dalam makanan yang kita makan lebih mudah disingkirkan dari tubuh. Sekaligus menghindarkan pembentukan lelemak dalam salur darah.

Lecithin boleh diambil oleh semua kecuali ibu hamil tidak dinasihatkan mengambil lecithin kerana kandungan kolina yang tinggi dikhuatiri memberi kesan kepada janin. Ibu menyusu? Boleh.








Puan Nur Linie

Shaklee Independent Distributor : 885571
Tel : 011-1572.8502
Emel : ummulfirdaus@gmail.com 

No comments:

Post a Comment

@38 weeks pragnency

Seram sejuk.. Takut... Teruja.. Tak sabar... Semua ada.... Hahaha....Ya Allah...engkau permudahkanlah segalanya. Start dari pag...